CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ Followers yg Tercute ~

Sunday, April 24, 2011

Pahitnya Cinta Dunia Kerana Cinta Syurga Itu Manis~



Sinopsis dalam 1 kisah benar~

Ahlami dan Maliyanah sepasang kekasih yang sangat saling mencintai. Namun ada saja dugaan mereka. Sementara itu mereka sudah berkenalan semenjak menuntut di UIAM. Hubungan yang mereka jalankan direstui oleh orang tua masing- masing. Sehingga suatu hari Ahlami meminta ibu bapanya datang untuk merisik dan sekaligus meminang maliyanah. Maka bertunang lah Ahlami dan Maliyanah.

Ahlami bekerja sebagai engineer di Produa Rawang dengan lulusan ijazah kejuruteraan. Lain pula Maliyanah yang hanya bekerja di rumah iaitu menulis novel. Namun begitu Maliyanah juga mempunyai lulusan ijazah dalam undang- undang. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap penulisan, maka dia memilih bidang penulisan sebagai kerjayanya.

Dalam waktu beberapa bulan, Ahlami dan Maliyanah sudah merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini. Segala persiapan di rancang dengan baik. Namun ada saja halangan dari orang tua Ahlami. Mungkin ibu Ahlami mulai tidak menyukai Maliyanah atas alasan ibu Ahlami sudah menemui calon isteri yang lebih baik untuk Ahlami. Gadis itu bekerjaya seperti Ahlami. Ibu Ahlami iaitu Puan Amani sangat mementingkan kerjaya anak dan bakal menantunya.
Puan Amani menemui gadis itu iaitu Farah semasa di hospital dan farah bekerja sebagai doktor pakar mata disitu. 

Suatu malam, puan Amani meminta supaya pertunangan mereka di putuskan dengan segera dan meminta Ahlami bertunang dengan Farah. Dengan keadaan sangat terkejut, Ahlami tidak bersetuju dengan apa yang ibunya rancang. Memanglah syurga di bawah tapak kaki ibu, tapi Ahlami berhak mendapat kebahagiaan nya sendiri. Kerana Ahlami sangat mencintai Maliyanah dan perkenalan mereka sudah 7 tahun lamanya. Sudah kenal hati budi masing- masing.

Ahlami tidak memberitahu berita itu pada Maliyanah kerana dia tetap mahu meneruskan pernikahan dengan Maliyanah. Ahlami tidak mahu Maliyanah terluka lagi kerana sudah terlalu banyak dugaan yang mereka alami dalam percintaan.

Pada 10 Disember 2010, adalah tarikh Ahlami dan Maliyanah akan bernikah. Saat inilah yg mereka nantikan setelah sekian lama. Mereka akan di ijab Kabul di masjid dekat dengan perkarangan rumah Maliyanah. Sementara Ahlami tiba agak awal di masjid. Mugkin sudah tidak sabar :P tok kadi pula sampai agak awal. 5 minit selepas Ahlami tiba. Tetapi maliyanah tiba agak lewat. 

Apa yang tidak disangka- sangka, puan Amani telah pun merancang 1 agenda untuk menggantikan pengantin perempuan dengan Farah. Maka tepat jam 10 pagi, dengan keadaan terpaksa, Ahlami melafazkan.. “ aku terima nikahnya Nur Farah Binti Syukri……..” selamat sudah Ahlami menikahi perempuan yang tidak dia ketahui siapa dengan paksaan ibunya.

Setiba Maliyanah di masjid, sangat terkejut dan terus terduduk di tangga masjid dan terlihat perempuan yang lengkap berpakaian pengantin tersenyum- senyum semasa Ahlami mencium dahi Farah. Bagai disambar petir hati Maliyanah ketika itu. Tiada kata apa- apa yang dapat dia ucapkan. Hanya berishtighfar pada Allah. Ahlami terlihat Maliyanah ternangis- nangis di tangga masjid. Namun dihalang oleh Puan Amani untuk mendekati Maliyanah. 

Semenjak Ahlami bernikah dengan Farah, langsung tiada khabar berita dari Maliyanah di kirim pada Ahlami. Dia tidak pernah rasa bahagia dengan Farah. Namun menyentuh Farah pun Ahlami tidak akan sesekali. Cinta Ahlami hanya untuk Maliyanah seorang.

Suat hari maliyanah mengirim e-mail pada Ahlami. Yang berbunyi……
“ assalamualaikum abg yg sgt iya sayangi.
Mungkin abg tak kan prnh dpt menemui iya lg. maafkan iya krana tidak mghntar apa2 berita pd abg. Iya kecewa sgt, abg. Hnya pd Allah tmpat iya mengadu.
Hncur sume impian iya dgn abg. Iya tahu, abg juga turut kecewa dan sedih. Namun kita hanya mrancang, Tuhan juga yg menentukan kan abg.  Iya harap dan berdoa abg terus bahagia dgn isteri abg selamanya ya, iya akn salu doakan abg.
Sebak rase hati ni, abg. Tak apa lah. Iya pegi dulu ya. Cinta iya pd abg adalah selama- lamanya. Abg jgn lah sedih2 ya. Allah kn ada..
Iya tetap tetap cintakan abg smpai bila2…. Abg ingat tak ayat ni? Hehe..
“bila bercinta kerana Allah, berpisah tidak gelisah, bertemu tidak jemu. Ukhwah itu indah. Bila bertemu dan berpisah hanya kerana Allah “ ayat ni abg prnah kasi pd iya dulu.. iya ingat lagi. Ok lah abg, iya dah penat sangat. Slamat tinggal abg. Maliyanah sayang Ahlami. Salam terakhir……….
Iman Nur Maliyanah binti Ahmad Adam ~ “

Seminggu selepas Ahlami mendapat email dari Maliyanah, Ahlami terlihat Maliyanah ingin melintas ke seberang jalan. Mungkin maliyanah hendak ke Perpustakaan. Ahlami hanya lihat maliyanah dari jauh.
Semasa maliyanah hendak melintas jalan, ada bas sedang jalan. Maliyanah tidak perasan mungkin.

Ahlami datang dekat dengan maliyanah untuk menyelamatkan maliyanah. Namun, ajal tidak mengira waktu. Andai sudah ditetapkan Allah, sesaat pun tak akan lepas. Al-Fatihah untuk arwah Nur Muhammad Ahlami dan Iman nur Maliyanah…..

“ andai allah tidak menemukan jodoh kita di dunia, mungkin allah akan menemukan jua jdoh kita di syurga kelak. Bersabarlah….”

2 comments:

Anonymous said...

so sad this story ... msih ada ke skrg cinta sedemikain ... 1 dlm sjuta ..

Violet vs Pink said...

d'maroom, sedih kan... da plan elok2 nk kawen.....last2, meninggal same2...sedih nye....