CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ Followers yg Tercute ~

Monday, April 18, 2011

Belajar Buat kek Coklat Lembab~

assalamualaikum..
okey, kali ni saya nak try buat kek coklat lembab lak..
tapi tak tau la jadi ketak or sedap ke tak..
aritu dah buat kek coklat kukus..erm, hasilnya, okey la gak..
cuma if saya buat topping, lagiiii sodap kot.. hiasan kat ats je tu..
okeh, ni lah bahan2 n cara buat nye..mai tgok cni :)



Bahan-bahan ( makan ramai-ramai )

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Cawan gula halus
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bircabonat soda
  • 1 Biji mentega (250gm)
  • 4 biji telur
  • 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Topping (Coklat masak ,1 sudu mentega dan ½ cawan susu coklat

Cara-cara

  1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
  2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
  3. Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati.
  4. Bubuh esen vanilla.
  5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega.
  7. Bakar 180Âșc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.
  8. Untuk Topping :- 1) Masukkan semua bahan topping ke dalam periuk..masak secara double boil. 2) Setelah cair masak di atas api pelahan.. biarkan sejuk sikit dan dah boleh hias atas kek. 

ni lah hasilnya, kalo menjadi~ =))

kalo jadi, nak buat untuk incik afiq :)
haha, sori ye kanda, kalo tak sedap :p

3 comments:

Nadhirah Mokhtaruddin said...

yummy yummm...bestnya buat kek!!!!sukela~~~~suke sgt~

leeza said...

huk2..lapa2..:(

Violet vs Pink said...

nadhirah, sedapppp kan..tgok gmbar jela..hik3..
leeza, huh..meh mkn meh :D