CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ Followers yg Tercute ~

Sunday, April 10, 2011

Cinta Seorang Engineer...

Bagi Menjadi seorang engineer memerlukan jiwa yang kental, komitmen yang jitu dan disiplin yang tinggi. Ini kerana bermula dari proses permohonan kemasukan ke Universiti sehinggalah ke alam pekerjaan, cabaran yang dihadapi begitu hebat dan hanya mampu dan berjaya di tempuh oleh mereka yang cemerlang dan istiqomah dengan ilmu yang dipelajarinya. Kecemerlangan di sini bukan sahaj daripada segi Akademik tetapi juga sahsiah dan keperibadian diri yang mulia. Oleh sebab itu bukan semua calon yang memasuki Universiti akan keluar dengan segulung Ijazah dan bukan semua yang berkonvokesyen memiliki kerja yang diingini. Malah tidak semua yang mendapat pekerjaan mampu menunjukkan prestasi kerja yang baik. Tetapi terdapat juga kes yang mana walaupun berjaya dalam kerjaya, tetapi mengalami kekalutan dalam rumahtangga dan keluarga.

Pelbagai cabaran yang wajib ditempuhi ntuk menjadi seorang engineer. Bermula dengan cabaran Pra-Universiti atau cabaran di alam persekolahan diikuti dengan cabaran lebih hebat iaitu di Universiti yang akan menentukan kejayaan menjawat profession yang diimpikan. Seterusnya cabaran dunia pekerjaan yang dapat dijadikan kayu pengukur kejayaan sebenar graduan dalam mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajarinya. Termasuk juga cabaran k-ekonomi(membangunkan industri berasaskan pengetahuan) yang menjadi perhatian dan topik utama perbincangan kebelakangan ini dan apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh engineer bagi merealisasikan impian wawasan negara dan agama.

Kata Dr Mustafa Assiba'i, "Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka. Cendikiawan membuat sejarah dengan akal fikiran mereka. Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang membuat sejarah, pasti sejarah tidak akan pudar sinarnya dan tidak akan padam obornya"


Engineer Barat

"Hendaklah kita melakukan seleksi terhadap apa yang boleh kita ambil dari orang barat/asing dan apa yang harus kita tinggalkan. Beberapa hal yang kita boleh ambil dari mereka adalah ilmu yang bermanfaat dan berguna" Dr Abdullah Nasih Ulwan


Sejak manusia mula membina tamadun lagi, mereka sudah cuba mendirikan binaan tinggi. Orang Mesir berjaya membina binaan pencakar langit lebih 2000 tahun sebelum masihi. Antaranya adalah Piramid, dan yang paling tinggi adalah Cheops, setinggi 146.6 meter (481 kaki) di Giza. Ia dipercayai dibina pada tahun 2570 sebelum masihi. Orang Greek pula membina Parthenon pada kira-kira tahun 432 sebelum masihi, manakala orang Maya yang dianggap masyarakat primitif membina sebuah kompleks yang luas di Tikal di mana terdapat lebih 3000 struktur di dalamnya dan yang paling tinggi adalah 60 meter(229 kaki).

Struktur binaan pertama paling tinggi pada zaman modern adalah Washington Monument yang mula didirikan pada 7 ogos 1783 bagi memperingati Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington. Kerja membina monumen ini bagaimanpun terbengkalai selama beberapa tahun dan hanya dipulihkan semual pada tahun 1849. Apabila siap tingginya adalah 169 meter atau 555 kaki.

Bangunan pencakar langit yang pertama adalah Home Insurance Building yang siap terbina pada tahun 1885. Ketinggiannya adalah 55 meter atau 180 kaki. Bangunan di Chicago ini bagaimanapun terpaksa dirobohkan pada tahun 1931. Pada tahun 1889, terbinalah Eiffel Tower di Paris. Binaan yang bersejarah dan luar biasa ini di ilmhamkan oleh jurutera bernama Gustave Eiffel. Tingginya adalah 300 meter atau 986 kaki. Hari ini ia masih berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling unik di dunia. Apa yang dibanggakan dua daripada 100 bangunan tertinggi di dunia hari ini letaknya di Kuala Lumpur City Center(KLCC) dikira dua bangunan berasingan malahan pada suatu ketika dahulu ianya pernah mencatat sebagai bangunan tertinggi di dunia. Jepun pun tidak pernah terfikir nak buat bangunan tinggi-tinggi. Semakin tinggi semakin banyak kerosakan yang akan berlaku.. Nauzubillah..

Di dalam buku terbaru Judith Dupre, Skyscrapers, menara itu dikira berasingan, tiap satunya 450 meter(1476 kaki) tinggi dan ia mengalahkan Sears Tower di Chicago yang tingginya 443 meter(1454 kaki). Buku Judith Dupre itu juga memuatkan wawancara penulis dengan Philip Johnson, Seorang Professional Engineer dan pengkritik binaan. Antara katanya "Bangunan pencakar langit sudah berpindah ke dunia baru iaitu di rantau pasifik," "Menara adalah kuasa" katanya lagi. "Inilah cara orang Asia menunjukkan mereka tidak kalah dengan Barat. Lagipun siapa yang menduga orang Malaysia dan mereka di Timur Jauh dapat membina pencakar langit yang lebih hebat?" tanya beliau.



Mungkin ramai masih mengingati Alexander Graham Bell yang mula-mula mereka cipta telefon ataupun alat perhubungan yang membolehkan percakapan secara terus. Telefon pertama di patenkan pada tahun 1876, sehingga je hari ini telefon terus memberikan perkhidmatan kepada manusia. Hasil ciptaan oleh seorang engineer ini menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak dalam perhubungan dan telekomunikasi. Malaysia tidak kalah dalam teknologu telekomunikasinya apabila Telekom Malaysia menjadi Pelopor utama komunikasi negara dan diikuti dengan Celcom, Maxis, dan Digi.



Henry Ford pula terkenal kerana menjadi antara orang terawal mereka cipta dan membina kenderaan berinjin. Beliau adalah seorang engineer yang komited dengan kerjanya dan sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi mencapai kejayaan dalam inovasinya. Kereta pertama ciptaanya dibina pada tahun 1903. Sehingga kini pelbagai jenis bentuk kereta di bangunkan bagi kemudahan pengangkutan manusia dalam kehidupan seharian. Kereta pertama keluaran Proton saga selepas lebih kurang 80 tahun kereta di keluarkan secara komercial dan sejak itu ia mengalami perkembangan yang amat menggalakkan. Kereta tebaru keluaran proton adalah Inspira, lebih kurang sama seperti Mitsubishi Evo.(hehe...)

Engineer Islam


Salah satu sumbangan tamadun Islam yang teragung adalah sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dengan mengutarakan idea sistem penomboran yang diguna pakai sehingga hari ini. Selain itu, Al-Battani yang membangunkan teori Trigonometri bagi perkiraan ilmu falak dan astronomi. Ramai lagi tokoh atau engineer-engineer Islam yang memberikan sumbangan besar kepada perkembangan sains dan teknologi.


Al-Galdaki, merupakan seorang engineer yang mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu fizik. Antara teori beliau mengenai suara dan membahagikan suara kepada dua iaitu yang nyata dan lemah, yang lembut dan keras. Pada pendapat Al-Galdaki punca suara terhasil daipada gerakan gelombang-gelombang udara yang berkait rapat dengan tabiat tubuh badan dan pergerakan gelombang udara. Teori itu sekarang ini diaplikasikan didalam perubatan alternatif. Beliau mengarang sekitar 20 rencana dan yang terpenting adalah Al-Misbah fi Asrari ilmu Al Miftah, Ilmu Al-Kimia dan Al-Burhan fi Ilmi Al-Mizan. Kitab ini adalah catitan-catitan beliau terhadap ahli-ahli kimia Arab, implementasi dan pemikiran mereka dalam ilmu kimia.

Seorang Ahli matematik, astronomi, fizik dan mekanik Byzantin. Al-Khazini juga mahir dalam bidang mekanik dan statik. Beliau banyak terpengaruh aliran pemikiran Hindu dan Parsi dalam penyusunan ini. Pada pendapat beliau, udara mempunyai berat dan berpotensi menjadi cecair dan sesuatu benda menjadi lebih ringan ketika berada di udara. Kerana itu beliau mencipta alat menyukat berat sesuatu jisim yang berada di udara dan di air. Beliau sependapat dengan Arsyimidas bahawa cecair mampu bertukar menjadi gas. Walau bagaimanapun sukatan dan pengiraan yang beliau lakukan lebih halus dan teliti. Antara karangan beliau adalah buku Kitab Mizanu Al-Hikmat yang mengadungi perihal alam semula jadi, buku Al-Fajr wa Al-Syafaq yang menjelaskan kedudukan fajar dan ufuk merah yang mula muncul di waktu terbit matahari 19 darjah dibawah ufuk. Juga buku Sakzaiju al-Sanjari Al-Mu'tabar dan buku Al-Aalatu Al-Ajibatu Al-Rosdiah.

Engineer Muslim tidak pernah terlepas dari CINTA!

Akhir kata, Rasanya inilah waktu-waktu yang dinanti oleh pembaca2 yang budiman. Sabar-sabar.. Iya, Seorang engineer muslim juga merupakan seorang Da'i. Nah, Seorang Da'i juga merupakan seorang manusia yang mempunyai rasa Kasih dan Sayang. Rasa Cinta yang tidak pernah putus2 terhadap seseorang/sesuatu yang telah sebati didalam dirinya. Tidak akan tertegaknya sesuatu apabila tiada cinta didalam dirinya. iya kan? Seperti seorang yang membina bangunan jika tiada rasa cintanya terhadap pekerjaannya itu, pasti bangunan itu tidak pernah akan tahan lama. Kerana Cinta terhadap Tuhannya, Nabi Ibrahim dan anakandanya, Nabi Ismail a.s telah siap membina Baitullahil haram yang sehingga kini masih tertegak dengan Izin Allah!

Cinta mempunyai pelbagai makna dan terserah kepada individu itu hendak bagaimana memaknakannya. Namun, dalam mencari Redha Allah, Cinta itu hanya berpaksikan Iman. Cinta di dalam mencari ilmu, jika hanya rasa cinta namun tiada iman didalamnya, maka tidak akan pernah barokah ilmunya itu. Semoga Barokah Allah sentiasa mengiringi diri kita dalam menuju kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Ameen...

Barakallahulakuma..(Perkataan ini bukan hanya tuk yang nak nikah saja tetapi untuk yang sedang menuntut ilmu juga)^_^

No comments: