Masa juga mempengaruhi love life kita
Mula kenal perasaan suka ni masa sekolah menengah. Masa tu memang hebat bercinta bagai nak rak. Kalau boleh nak buat satu kisah cinta agung tidak terperi; kisah yang paling hebat di alaf ini. Yeah.. memang kalau baru-baru menjejaki zaman akil baligh ni, hormon tak betul sket. Masa tu cinta adalah segalanya. Dalam takde duit pun sanggup tahan lapar sebab nak beli hadiah untuk awek.
Habis sekolah menengah, ambil haluan masing-masing. Yang rezeki bagus sampaikan dapat scholarship ke luar negara pergilah ke luar negara, yang kurang bernasib baik tu belajar kat institut pengajian tinggi tempatan je. Bila macam ni, bila dah terpisah ikut haluan masing, kisah cinta yang panas tadi mulalah jadi hambar. Tambah-tambah kalau berjauhan, 95% kemungkinan akan putus. Kalu bukan faktor jarak, faktor kemahuan diri masing-masing menjadi sebab utama hubungan tadi terputus.
Di alam universiti, jumpa orang baru. Kenal sana sini. Kalau yang aktif dalam aktiviti persatuan dan kelab ni, lagilah ramai kenalan. Perkara sama berulang, cinta berputik. Bercinta, cuma kali ni mungkin lebih serius. Mungkin jugak time ni dah mula berkena-kenalan dengan ibu bapa pihak si dia. Harapannya yelah, nak bersama sehingga ke akhirnya. Tamat belajar dan mula bekerja maka bermulalah kisah cinta terabai. Awal-awal kerja ni memang demanding sket, nak nak kalau dapat kerja yang ada prospek bagus. Baca kes Cinta Atau Kerjaya
Alam kerjaya ni merupakan fasa terakhir mencari cinta. Yelah, kalau nak tunggu waktu pencen nanti dah lambar sangat. Time tu patutnya dah ada anak. Masa nilah nak cari yang betul-betul berkualiti, yang boleh simpan, pakai dan harap sampai mati. Mungkin senang, mungkin susah. Kalau yang memilih sangat tu silap-silap boleh jadi bujang terlajak atau mungkin andartu. erm.. harap diajauhkan dari itu. Mak bapak pun dah mula mendesak supaya dicarikan menantu. Kalau jenis mak bapak yang belum ada cucu, kalau boleh tiap-tiap bulan telefon tanya dah ada calon ke belum.
Itulah sebenarnya realiti masa kini. Berapa kerat pun yang kekal dengan pasangan sejak high school dulu? 95% kes yang aku dengar tak sampai ke mana. People change. Apabila berubah fasa hidup ni, kemahuan kita berubah. Priority kita pun berubah dari masa ke semasa. Dulu aku tak percaya konsep people change ni, tapi bila dah alami sendiri baru aku faham. Orang cakap takdir, tapi aku tak suka salahkan takdir. Bukan tak percaya, cuma come on la, accept the reality. Benda buruk tu mesti datang daripada diri kita sendiri.
Lagi satu, bercinta zaman sekolah menengah adalah pembaziran. Waste of time and money. Pengalaman yang dapat pun takdelah penting sangat. Jadi elakkan ye ;)
No comments:
Post a Comment