Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik  itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga  sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu  adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak  nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi  begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur  kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi  masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya.  Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya  mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan  dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk  di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk  kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa  semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang  Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? 
Seringkali wujud rasa iri hati di  kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan  yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si  cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka  memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik  dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat,  dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali  menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com







No comments:
Post a Comment