Kerinduan insan yang bertaqwa pada Ilahi, akan menumbuhkan kemesraan dan kecintaan yang membara dalam kalbu. Kasih sayang Allah menerbitkan cahaya makrifatullah dan menguak tabir hitam di dalam minda. Segenap jiwa dan raga tertumpu pada harapan untuk memperoleh keberkahan dan rahmatNya.
Doa orang-orang yang bertaqwa mengandungi keajaiban yang luar biasa, kerana Allah SWT melimpahkan rahmat seketika tangan ditadahkan di hadapan Ilahi. Sesungguhnya insan yang zuhud dalam bermunajat kepada Allah, akan terbukalah tirai harapan dan makbulnya doa, umpama salji mencair disinari mentari.
Bersabda Rasulullah SAW, "ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang-orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa imam yang adil dan doa orang yang dianiaya atau dizalimi.....".
Semoga rahsia orang-orang yang makbul doanya ini memberikan motivasi dan dorongan bagi setiap umat Islam dalam bertaqarrub dan mendekatkan diri kepada Ilahi, insya Allah.
No comments:
Post a Comment