Beberapa hari yang lepas saya sempat berkunjung ke majlis kenduri sahabat baik saya di Ipoh. Dia masih muda lagi. Baru berumur 20 tahun . begitu juga dengan isterinya yang juga satu sekolah dengan saya semasa di KISAS.
Sebelum itu banyak juga saya dengar suara-suara yang seakan menentang perkahwinan mereka. Terlalu awal kata mereka dan masih banyak perkara yang perlu kawan saya ini belajar.
Ada baik dan ada buruknya. Setiap perkara pun begitu.
Cinta di awang-awangan
Tetapi saya tetap menyokong kawan saya ini daripada bekas-bekas pelajar sekolah agama lain yang sudah terumbang-ambing.
Ada yang sanggup mengistilahkan cinta mereka itu cinta islamik. Eh, kalau belum kahwin tapi dalam sms sudah ‘sayang-sayang’ itu boleh dikira islamik ke?
Ada yang saya lihat sudah mula bergambar dengan pasangan masing-masing. Malah dengan tidak segan silu gambar mereka yang ‘rapat-rapat’ itu diletakkan di dalam website friendster.
Hurm. Betulkah ada istilah cinta islamik? Tetapi golongan yang seperti inilah yang sering mengatakan perkahwinan di waktu muda itu sebenarnya satu kesilapan.
Kuliah, nikah dan kerja
Kalau anda membaca entri saya tentang KJ Method, ada saya terangkan di situ tentang pemikiran yang diajar di sekolah iaitu logik linear.
Maksudnya mudah, sekolah mengajar kita berfikir secara tertib. Kalau sesuatu perkara itu belum selesai, janganlah teruskan perkara yang seterusnya.
Mungkin kerana inilah ramai pelajar telah menetapkan jadual hidupnya seperti ini; belajar dahulu, kemudian cari kerja dan baru nikah.
Sebenarnya kita mengikut aturan itu kerana memang sifat kita yang suka mengikut apa yang majoriti buat. Sifat manusia yang biasa-biasa ialah mereka mementingkan security dan sentiasa ingin berada dalam comfort zone. Dan bagi kita itulah aturan yang betul.
Tetapi betulkah lepas kuliah anda akan terus dengan senang-senang boleh dapat kerja? Jadi, apa kata mula cari kerja dari sekarang.
Ramai senior saya yang terpaksa menganggur berbulan-bulan baru dapat kerja. Itu yang ada sijil engineer kelas pertama pun macam itu juga.
Dan ramai orang yang saya kenali yang kahwin awal, mereka sudah ada pekerjaan siap-siap sebelum habis belajar. Malah ada bisnes sendiri. Biarpun masih belum maju tetapi itu plan masa depan.
Ingat, anda boleh bekerja dahulu baru belajar. Atau buat dua-dua serentak dan lagi bagus lakukan tiga-tiga sekali. Kuliah, nikah dan kerja.
Saatnya Untuk Menikah
Kalau canda seorang teman sudah tidak lagi dapat menenteramkan jiwa, kalau mata sudah tidak lagi dapat ditundukkan pandangannya dengan sempurna, kalau hati sudah sentiasa berasa gelisah… barangkali inilah saatnya untuk menikah bagi anda.

Bukankah Allah berjanji akan memberikan kecukupan jika engkau miskin?
Sumber: studiomuslim.com
Edited by kia_jpn
No comments:
Post a Comment