Lepas memeningkan diri dengan soalan matrik atau UPU, kini sang adik lepasan SPM nak mengorak langkah pula untuk menjejakkan kaki ke alam universiti. Persoalan tadi dah tak melekat lagi di minda lepas puas menimbangnya dengan alat penimbang digital dengan seberat-beratnya.hehe…
Sangat gembira sang adik dalam perjalanan ke IPT yang dituju walaupun bercampur baur dengan perasaan berdebar yang menjengah di hati dan di kepala yang bersarang dengan pelbagai persoalan sampai kadang-kadang bercakap seorang diri!
Senang ke dapat kawan baru nanti?Agak-agak nanti kena buli tak dengan senior?Macam mana lah hidup kat sana nanti…takkan nak suruh parent datang tiap minggu pulak macam kat sekolah asrama dulu. Bagi duitlah bawak KFC lah hantar baju kotor kat rumahlah. Jauh kot.Dengar kata ada charlie (kalau dapat UiTM Penang). Kalau melekat kat muka kang memang nampak macam gangster nanti. “Jatuh duit hantaran!” kata pensyarah CITU saya…Aiyaa…
Mana yang dapat tawaran oversea pulak jangan kata la. Lagilah gembira walaupun kena pergi program persediaan dulu. Macam tak sabar-sabar pulak nak ke negara atas laut tu. Kalau boleh terus nak fly esok!
Begitulah tadi cerpenku yang tak siap. Tapi rasanya macam tulah ‘feeling’ masa masuk universiti dulu. Macam-macam benda masuk dalam kepala ni masa dalam perjalanan ke sana. Tapi yang charlie tu hanyalah rekaan semata-mata sebab dah masuk UiTM Penang baru tahu pasal makhluk Allah yang seekor ni. Kecil tapi berbisa!
Result power akan kekal sampai ke degree?
Mesti pernah dengarkan pepatah ‘hidup di dunia ni macam roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah’..lepas tu kena lenyek bila kat bawah.hehe… Macam tu jugalah dengan result SPM. A+ yang beratur tu tidak menjamin gemilangnya korang di universiti nanti. Bukan nak menakutkan tapi hanya kenyataan yang bersandarkan pengalaman.
Masuk universiti macam melangkah masuk ke darjah satu sekolah rendah waktu muda dulu. Pelajar yang melangkah masuk semuanya ‘kosong’. Result SPM yang canggih-canggih dah boleh masuk muzium kat rumah. Semuanya setara tanpa ada bezanya.
Kejayaan di alam yang satu lagi ni bergantung pada usaha sendiri sepanjang menuntut di unuversiti. Ramai yang dismiss walaupun tempoh pengajian yang masih separuh berbaki. Kalau student mechanical kat UiTM Penang masuk 500 yang tinggal masa semester 6 hanya separuh. Sebab berhenti separuh jalan tu tak tahulah. Masing-masing ada sebab sendiri. Takkan nak interview sorang-sorang pulak kan?
Cuma beringatlah. Kalau gagal sekali lepas tu kena repeat satu perkara biasa. Sebab subjek dekat universiti bukan macam SPM. Bila subjek susah memang susah betul cuma tak mustahil untuk melepasinya. Bila gagal sebab subjek susah ia adalah satu perkara biasa. Tak semua orang yang laju pick-up nya untuk memahami sesuatu yang sangat kompleks.
Tapi kalau akibat kegagalan diri sendiri mennyesuaikan diri kat tempat baru tu sendiri mau ingatlah. Masalah culture shock lah yang selalu berlaku. Dah ramai yang jadi macam tu. Berhati-hati sebelum terkena pada diri sendiri. Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Itulah yang dipanggil kehidupan…
Selamat belajar kepada mereka yang nak masuk Diploma di universiti pilihan masing-masing hujung minggu ni. Moga pencarian ilmu ini menjadi suatu jihad untuk kita semua menyumbang kepada agama Islam yang kita cintai. Gunakan masa 3 tahun di sana dengan sebaik-baiknya untuk mengumpul pengalaman buat bekalan di sepanjang perjalanan di masa depan.
Perkara remeh-remeh letaklah dulu ke tepi. Banyak lagi yang lebih penting dalam perjalanan mengejar cita-cita yang belum pasti. InsyaAllah korang boleh buat punyalah!
No comments:
Post a Comment