Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:
“Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri).” (Riwayat Al Baihaqi)
Banyak benda dah berlaku kebelakangan ini, diuji dengan pelbagai masalah dan musibah. Asakan yang bertali arus menyebabkan kadang kala rasa tertekan dan tidak tahu bagaimana nak luahkannya. Tapi macam mana nak melaluinya hanya allah saja yang tahu. Bila direnung kembali mungkin ini semua adalah ujian kepada diri. Dulu hanya mendengar dan melihat saja ianya berlaku kepada orang lain tapi bila diri sendiri yang menghadapinya barulah tahu betapa payah dan sukarnya melalui setiap detik.
Terfikir kalau setiap keputusan yang dibuat ketika ini akan memberi kesan pada masa akan datang. Entahlah apa yang terjadi mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku cuma sebagai hambanya kena bersabar menghadapi dugaannya. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambamu ini….
website: http://www.azamrashid.com/?p=304” Sebab itu kalau manusia faham, dia akan tenang menghadapi ujian itu. Sebaliknya jika dia tidak faham maksud Tuhan, kemudian tidak sabar, maka dia berhadapan dengan dua kesusahan. Pertama kesusahan kerana ujian kemarau yang menimpa. Kedua, susah hati dan menderita dengan kesusahan tersebut.”
No comments:
Post a Comment