CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ Followers yg Tercute ~

Monday, January 31, 2011

Remaja dan AIDS

Hasil Kajian
Fokus hasil kajian ini adalah kepada empat tingkah laku remaja yang dianggap boleh menyumbang kepada jangkitan AIDS. Tingkah laku tersebut adalah merokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin, dan gaya hidup yang tidak sihat yang boleh menghampiri AIDS. 


Merokok dan mengambil dadah dihubungkaitkan dalam kajian ini kerana sebahagian besar jangkitan AIDS di negara ini adalah berpunca daripada perkongsian jarum suntikan di kalangan penagih dadah. Merokok pula ada kaitannya dengan AIDS kerana remaja yang mengambil dadah lazimnya bermula dengan menghisap rokok.


Tingkah Laku Remaja
Di kalangan remaja awam peratusan yang pernah mencuba dan kerap mengambil dadah adalah rendah iaitu di sekitar 5 peratus sahaja berbanding dengan 95 peratus remaja pelatih. Bila dilihat kepada tingkah laku merokok pula, 34 peratus remaja awam pernah merokok sementara sejumlah 99 peratus remaja pelatih pernah merokok.

Kajian ini juga mendapati dengan jelas hubungan positif yang signifikan antara merokok dengan mengambil dadah (r = .27 di kalangan remaja awam dan r = .32 di kalangan remaja pelatih). Keputusan ujian korelasi ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap menghisap rokok juga mempunyai kecenderungan yang kerap untuk menghisap dadah. Pengaruh ini lebih kuat di kalangan remaja pelatih berbanding dengan remaja awam.

Berhubung dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin pula, 6 peratus daripada remaja awam mengaku pernah atau kerap melakukannya. Peratusan di kalangan di kalangan remaja pelatih adalah lebih tinggi iaitu 54 peratus. Apabila diselidik adalah gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkati AIDS, 45 peratus remaja pelatih dan 32 peratus remaja awam mengakui bahawa gaya hidup mereka akan memudahkan mereka dijangkati AIDS.
Ujian korelasi yang dilakukan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antar tingkah laku seks sebelum kahwin denga gaya hidup yang mudah dijangkati AIDS. (r = .18 di kalangan remaja pelatih dan r = .12 di kalangan remaja awam. Penemuan ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin mempunyai kecenderungan bergaya hidup yang tidak sihat sehingga memungkinkan mereka dijangkati AIDS.

Selain daripada itu, ujian korelasi jyga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara tingkah laku mengambil dadah dengan tingkah laku hunungan seks sebelum kahwin (r = .19 di klaangan remaja pelatih dan r = .23 di kalangan awam). Ini menunjukkan bahwa remaja yang kuat menagih dadah juga berkemungkinan kerap melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Mengambil dadah juga didapati menyumbang secara positif ke arah bergaya hidup yang boleh dijankiti AIDS (r = .14 di kalangan pelatih dan r = .09 di kalangan remaja awam).

Selaras dengan huraian penemuan yang dinyatakan di atas, terbuktilah bahawa antara empat tingkah laku yang menjadi fokus kajian ini mempunyai hubung kait. Tingkah laku merokok menyumbang ke arah tingkah laku mengambil dadah. Begitu juga tingkah laku mengambil dadah menyumbang ke arah kecenderungan melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan juga bergaya hidup yang tidak sihat yang memungkinkan jangkitan AIDS. Sama ada pengaruh tngkah laku itu besar atau kecil ia tidak seharusnya menjadi persoalan, kerana telah terbukti bahawa ia menyumbang secara signifikan kepada fenomena AIDS.


Pendedahan Media dan Pengetahuan AIDS
Pendedahan media untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah sederhana (purata sktor pendedahan 18.5 berbanding dengan skor maksima 27). Begitu juga dengan pengetahuan remaja tentang AIDS. Secara umum remaja lebih berpengetahuan tentang punca jangkitan AIDS (skor pengetahuan 2.0 untuk remaja awam dan 1.6 untuk remaja pelatih, daripada skor maksimum 3). Pengetahuan tentang pencegahan jangkitan AIDS adalah lebih rendah (skor pengetahuan 1.6 untuk remaja awam dan 1.5 untuk remaja pelatih daripada skor maksimum 3).

Jika dilihat daripada sudut pendidikan, didapati remaja yang berpendidikan rendah adalah golongan yang mempunyai pengetahuan AIDS yang paling rendah. Pengetahuan tentang AIDS meningkat selaras dengan peningkatan umur remaja yang dikaji.

Maklumat yang sering remaja perolehi melalui sumber maklumat adalah AIDS membawa maut, AIDS merbahaya, AIDS sukar diubati, cara jangkitan AIDS, dan cara mencegah AIDS. Maklumat utama tentang AIDS yang diperolehi ini secara langsung mempengeruhi tanggapan remaja terhadap AIDS. Apabila diselidik tentang anggapan mereka majoriti daripada remaja menyatakan AIDS adalah kematian, AIDS adalah penyakit yang tidak ada penawar, AIDS penyakit merbahaya dan perasaan takut.

Berhubung dengan apakah maklumat tentang AIDS yang paling remaja diperlukan, keputusan kajian ini mendapati dua maklumat utama yang dinyatakan iaitu pertamanya maklumat tentang cara pencegahan dan keduanya maklumat bagaimana AIDS boleh dijangkati. Remaja menyatakan maklumat tersebut penting untuk diperolehi kerana ia akan membuatkan mereka lebih berhati-hati di masa hadapan. Di samping itu mereka juga menyatakan bahawa maklumat tersebut berguna kepada meraka kerana mereka percaya bahawa ia dapat membantu menjauhkan diri daripada jangkitan AIDS.

Kajian ini menunjukkan bahawa remaja menerima banyak maklumat tentang AIDS melalui media massa seperti televisyen, akhbar, dan risalah/poster/pameran. Apabila diselidik apakah maklumat lanjut yang mereka perlukan tentang AIDS, dan apakah sumber maklumat yang akan mereka rujuk, majoriti mereka mengatakan mereka akan merujuk kepada doktor dan kakitangan hospital, guru dan ibu bapa atau risalah/poster/pameran. Jelas kelihatan bahawa sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah berbaza dengan sumber maklumat AIDS yang ingin dirujuk oleh remaja.

Persoalan kenapakah sumber peribadi lebih diutamakan oleh remaja untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AIDS? Kajian ini mendapati bahawa ciri-ciri sumber yang arif dan berpengalaman, maklumat yang lengkap, dan maklumat yang mudah diperolehi adalah antara kriteria untama yang diberikan perhatian apabila merujuk untuk mendapatkan maklumat tentang AIDS.

Kajian ini juga meninjau sejauh mana remaja terlihat dalam aktiviti tentang pendidikan AIDS yang dijalankan di negara ini. Hanya 22 peratus remaja awam dan 25 peratus remaja pelatih yang mengatakan mereka pernah terlibat. Keterlibatan mereka sekadar mendengar ceramah tentang AIDS, mengambil bahagian dalam acara sukan dan kempen AIDS, memberi nasihat kepada orang lain, menampal poster, dan juga menyertai peraduan menulis esei.

Satu perkara yang mungkin di luar dugaan kepada pengamal pendidikan AIDS ialah pengetahuan tentang AIDS tidak banyak membantu perubahan tingkah laku. Kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan tingkal laku negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS.


Nilai Remaja
Kajian ini mengandaikan nilai remaja secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku remaja. Aras nilai remaja terhadap kekurangan, pendidikan, keagamaan, dan melapak telah dikaji. Seperti yang telah diramalkan, remaja yang terlibat dengan menghisap rokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin, dan bergaya hidup yang memungkinkan jangkitan AIDS menunjukkan aras nilai yang secara relatifnya rendah daripada mereka yang terlibat. Atas nilai melepak pula adalah tinggi di kalangan remaja yang terlibat dengan tingkah laku tersebut.

Nilai kekurangan yang tertinggi adalah di kalangan remaja awam berumur 13 – 16 tahun. Nilai terendah adalah di kalangan remaja pelatih yang juga berumur 13 – 16 tahun. Jika dilihat daripada sudut pendidikan dan pendapatan keluarga, remaja pelatih yang berpendidikan rendah dan datang daripada keluarga berpendapatan lehin RM1,000 mempunyai nilai kekeluargaan yang paling rendah.

Dari segi nilai pendidikan pula, remaja pelatih menunjukkan nilai yang secara relatifnya rendah. Ini menunjukkan remaja awam mempunyai nilai pendidikan yang lebih tinggi. Nilai pendidikan tertinggi adalah kalangan remaja awam berumur 13 – 16 tahun. Remaja pelatih berumur 17 –21 tahun mempunyai nilai pendidikan yang terendah.

Dari segi nilai keagamaan, remaja pelatih yang terlibat dengan dadah menunjukkan nilai yang rendah berbandingdengan remaja awam. Keputusan ini jelas membuktikan bahawa pendidikan mempengaruhi nilai keagamaan terendah adalah di kalangan remaja pelatih yang berpendidikan sekolah rendah sahaja. Nilai keagamaan juga meningkatkan selaras dengan umur seseorang remaja.

Remaja sering dikaitkan dengan melepak iaitu berpeleseran di tempat-tempat awam tanpa tujuan tertentu. Keputusan menunjukkkan remaja awam kurang melepak berbanding dengan remaja pelatih.


Pusat karoke/pub/disko, tempat permainan video dan snooker, dan pusat membeli-belah adalah tempat yang kerap dikunjungi oleh remaja. Semakin meningkat umur remaja, mereka lebih banyak melepak. Dari segi pendidikan dan pendapatan keluarga pula, kumpulan yang paling tinggi melepak adalah remaja pelatih yang berkelulusan STPM ke atas tetapi datangnya daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM500.

Ujian korelasi menunjukkan hubungan nilai kekeluargaan, pendidikan dan keagamaan mempunyai hubungan yang negatif dengan beberapa tingkah laku yang dikaji. Di antaranya remaja yang menunjukkan nilai pendidikan yang tinggi adalah remaja yang kurang merokok (r = -.20 untuk remaja awam dan r = -.04 untuk remaja pelatih), mengambil dadah (r = -.11 untuk remaja awam dan r = -.06 untuk remaja pelatih), hubungan seks sebelum kahwin (r = -.16 untuk remaja awam dan r = -.09 untuk remaja pelatih) dan gaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = -.05 untuk remaja awam dan remaja pelatih). Ujian korelasi antara nilai keagamaan dan kekeluargaan juga menunjukkan trend yang sama.

Kajian ini mendapat bahawa remaja awam yang banyak melepak mempunyai kecenderungan untuk melakukan tingkah laku negatif. Dengan kata lain, lebih banyak remaja awam melepak maka lebih kerap mereka akan menghisap rokok (r =.39 untuk remaja awam dan remaja pelatih), mengambil dadah (r = .20 untuk remaja awam dan r = .09 untuk remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = .31 untuk remaja awam dan r = .18 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = .07 untuk remaja awam dan r = .06 untuk remaja pelatih).


Personaliti Remaja
Sebanyak 6 jenis personaliti remaja diukur dalam kajian ini aiitu tekanan dan kemurungan, orientasi pencapaian, penghargaan kendiri, asertif, autonomi dan mengambil risiko. SSecara keseluruhannya, remaja awam menunjukkan personaliti yang lebih positif berbanding remaja pelatih.

Kajian ini menunjukkan bahawa remaja awam mempunyai ciri personaliti yang lebih baik dalam aspek orientasi pencapaian, penghargaan kendiri, asertif dan autonomi di samping kurang menghadapi tekanan dan kemurungan. Remaja pelatih pula memperlihatkan mereka lebih banyak menghadapi tekanan dan kemurungan di samping lebih mahukan sesuatu yang mencabar dan berisiko.

Faktor pendidikan dan pendapatan keluarga didapati mempunyai pengaruh terhadap personaliti remaja. Secara keseluruhannya, remaja yang mempunyai latar pendidikan sekolah rendah umumnya mempunyai ciri personaliti yang relatif yang rendah berbanding dengan remaja yang mempunyai latar pendidikan yang lebih tinggi. Begitu juga apabila dilihat berdasarkan pendapatan keluarga, remaja yang datang daripada keluarga yang berpendapatan yang lebih tinggi lebih baik personalitinya. 


Pola ini konsisten bagi kedua-dua kumpulan remaja awam dan remaja pelatih bagi kesemua ciri personaliti yang dikaji, kecuali tekanan dan kemurungan. Bagi tekanan dan kemurungan remaja yang datangnya dari keluarga berpendapatan tinggi menghadapi tekanan hidup yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ujian korelasi yang diperolehi menunjukkan personaliti remaja mempengaruhi tindakan mereka terhadap tingkah laku negatif. Empat daripada enam ciri personaliti remaja yang dikaji iaitu orientasi pencapaian, penghargaankendiri, asertif dan autonomi secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkah lakumerokok, menagih dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS. 


Ini bermakna bahawa semakin tinggi ciri-ciri personaliti ini wujud dalam diri remaja, maka semakin rendah tendensi mereka untuk terlibat dengan tingkah laku negatif. Berbeza dengan cua ciri personaliti yang lain, tekanan dan kemurungan serta mengambil risiko, kedua-dua ciri personaliti ini menunjukkan hubungan yang positif dengan tingkah laku negatif.

Kepuusan ini menunjukkan bahawa lebih tinggi tekanan dan kemurungan yang dialami oleh remaja, maka lebih kerap mereka akan menghisap rokok (r = .13 untuk remaja awam; r = .05 untuk remaja pelatih), mengambil dadah (r = .10 untuk remaja awam; r = .04 untuk remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = .12 untuk remaja awam; r = .13 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = .08 untuk remaja awam; r = .07 untuk remaja pelatih). Begitu juga dengan personaliti mengambil risiko, lebih tinggi keinginan remaja kepada sesuatu yang berisiko, maka lebih bertendensi mereka untuk terlibat dengan empat tingkah laku negatif yang dikaji. Pola ini adalah konsisten bagi kedua-dua kumpulan remaja awam dan remaja pelatih.
Hubungan Sosial
Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak wujud perbezaan yang ketara dari segi hubungan dengan ibu bapa di kalangan remaja awam dan remaja pelatih. Namun hubungan dengan ibu bapa yang rendah didapati mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku yang negatif. Remaja yang dikenalpasti terlibat dengan tingkah laku merokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS mempunyai hubungan yang rendah dengan ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang tidak terlibat. Pola ini adalah konsisten antara remaja awam dan remaja pelatih.

Hubungan degan ibu bapa yang paling tinggi didapati wajud di kalangan remaja awam yang berumur 13 – 16 tahun. Jia dilihat daripada sudut pendidikan dan pendapatan keluarga, faktor kelulusan akademik kurang memberi pengaruh terhadap hubungan dengan ibu bapa. Sebaliknya, faktir pendapatan keluarga memberi pengaruh di mana pendapatan keluarga yang tinggi (>RM1000), hubungan remaja dengan ibu bapa adalah lebih rendah berbanding dengan remaja yang datang dari keluarga berpendapatan rendah (<RM500). 


Pola ini hanya dapat dilihat bagi kumpulan remaja awam, sebaiknya bagi remaja pelatih pula, faktor pendidikan dan pendapatan keluarga tidak menunjukkan pengaruh terhadap hubungan dengan ibu bapa. Hubungan dengan ibu bapa yang paling tinggi dapat dilihat di kalangan remaja pelatih yang berkelulusan sekolah rendah dan datang dari keluarga berpendapatan tinggi (>RM1000).

Dari segi hubungan dengan rakan sebaya pula, didapati remaja pelatih mempunyai jaringan hubungan dengan rakan sebaya yang lebih tinggi berbanding remaja awam. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan remaja yang terlibat dengan tingkah laku negatif mempunyai hubungan dengan rakan sebaya yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang tidak pernah terlibat.

Jaringan hubungan dengan rakan sebaya didapati paling tinggi di kalangan remaja pelatih yang berumur 17 21 tahun, manakala yang paling rendah adalah di kalangan remaja awam yang berumur 13 – 16 tahun. Jika dilihat berdasarkan faktor pendidikan dan pendapatan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya yang paling tinggi adalah di kalangan remaja pelatih yang berkelulusan tinggi (SYPM ke atas) dan datang dari keluarga berpendapatan tinggi (>RM1000).

Ujian korelasi yang diperolehi dalam kajian ini menunjukkan bahawa hubungan dengan ibu bapa mempunyi korelasi negatif yang signifikan dengan tingkah laku yang negatif. Ini memberi maksud bahawa semakin baik hubungan remaja dengan ibu bapa mereka, maka semakinkurang kecenderungan mereka untuk terlibat dengan tingkah laku merokok (r = -.14 untuk remaja awam; r = -.09 untuk remaja pelatih), mengambil dadah (r = -.09 untuk emaja awam; r = -.06 untuk remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = -.14 untuk remaja awam; r = -.12 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = -.11 untuk remaja awam; r = -.09 untuk remaja pelatih).Dengan konteks hubungan dengan rakan sebaya pula, keputusan menunjukkan korelasi yang positif dengan tingkah laku negatif. 


Dengan kata lain, semakin tinggi jaringan hubungan sosial dengan rakan sebaya, semakin bertendensi remaja untuk terlibat dengan tingkah laku negatif. Pola hubungan ini hanya wujud di kalangan remaja awam. Sebaiknya bagi remaja pelatih pula, hubungan rapat dengan rakan sebaya membantu mengurangkan tingkah laku mengambil dadah (r = -.60) dan melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = -.09).

Implikasi Kajian
Huraian di atas membawa kita kepaa satu dimensi baru untuk melihat isu AIDS di Malaysia. Selama ini kebanyakkan mesej pendidikan AIDS terlalu menumpukan kepada isu pencegahan yang mempunyai kaitan langsung dengan penyakit AIDS seperti yang berkaitan dengan tingkahlaku seksual dan penyalahgunaan dadah.

Kajian ini telahmenerokai punca-punca yang mungkin membabitkan remaja dengan beberapa tingkah laku yang ada hubung kait dengan jangkitan AIDS. 


Selaras dengan itu usaha pencegahan dalam pendidikan AIDS perlu juga memberikan perhatian yang lebih kepada punca-punca yang boleh mendorong remaja melakukan tingkah laku yang akan memungkinkan mereka dijangkiti AIDS. 


Punca-punca tersebut berkaitan dengan nilai, personaliti, dan juga hubungan sosial remaja. Begitu juga aspek persekitaran remaja juga perlu ditangani agar faktor-faktor persekitaran yang tidak sesuai yang mempengaruhi nilai dan personaliti, dan hubungan sososial remaja dapat dipertingkatkan lagi.

Kajian ini juga mendapati bahawa pendedahhan remaja kepada maklumat AIDS tidak semestinya meningkatkan kesedaran di kalangan remaja tentang AISS. Perhatian juga perlu diberikan kepada medium yang membawa maklumat pendidikan AIDS. Perlukah cara pendekatan sekarang yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diteruskan. 


Bagaimana pula keterlibatan masyarakat dalam usaha pendidikan AIDS ini. Maklumat pendidikan AIDS mungkin tidak dapat memberikan kesan yang mendalam jika usaha pendidikan itu tidak dilakukan secara sistematik dan berterusan. Dengan melibatkan masyarakat dalam usaha pendidikan ini diandaikan maklumat pendidikan AIDS akan dapat memberikan kesan yang lebih bermakna.


Berdasarkan huraian di atas, kajian ini mengemukakan beberapa cadangan:
Strategi komunikasi dalam pendidikan AIDS yang beralih daripada terumpu kepada media massa kepada sumber antara peribadi yang lebih berkredibiliti. Maklumat melalui media hanya dapat membantu memberikan kesedaran tetapi kurang dapat menerapkan pengetahuan yang mendalam dan seterusnya membawa perubahan sikap, nilai dan tingkah laku. Selain itu, pendekatan komunikasi juga beralih daripada kerajaan dan NGO kepada masyarakat sebagai community participation program.

Maklumat pendidikan AIDS juga perlu berusaha menerapkan nilai (seperti nilai keagamaan, kekeluargaan, dan pendidikan) dan personaliti (seperti asertif, orientasi pencapaian, penghargaan kendiri) positif di kalangan remaja. Maklumat sedemikian tidak harus dianggap sebagai maklumat sampingan tetapi sebagai maklumat utama kerana nilai dan personaliti yang tidak dipupuk dengan baik akan menjadi pendorong kepada tingkah laku negatif yang memungkinkan jangkitan AIDS.

Beberapa pendekatan dasar perlu diberikan perhatian. Remaja yang banyak berpeleseran dan melepak didapati banyak terbabit dengan tingkah laku negatif. Usaha perlu dibuat untuk menggalakkan majikan terlibat sama dalam pembentukan gaya hidup positif dengan mengadakan kemudahan rekreasi selepas waktu kerja. Begitu juga kemudahan rekreasi seperti premis permainan video dan snooker yang semakin menjadi tumpuan remaja dikawal pertumbuhan dan syarat-syarat kemasukan ke peremis berkenaan.


dari website: http://www.prostar.gov.my/Kajian_remaja_BM.htm

No comments: